Cara Tambah Pendapatan Jual Aiskrim

 On Saturday 21 May 2016  

Cara Tambah Pendapatan Jual Aiskrim - Baru-baru ini heboh tentang berita lima pelajar IPT cabar diri buka bisnes aiskrim kelapa. Kat negara kita sebenarnya ada banyak peluang perniagaan. Selebihnya terpulang pada anda nak rebut ke tak peluang yang ada. Sesetengah orang tu dia nampak potensi bisnes yang ada misalnya bisnes aiskrim. Tak kisahlah walau sekecil-kecil bisnes apa sekalipun. Dunia bisnes ni ada turun naiknye. Kalau anda nak buka bisnes pastikan anda buat bisnes yang anda minat.

Kalau anda buat bisnes mengikut minat sudah pasti anda boleh pergi jauh. Misalnya anda minat nak jual aiskrim goyang anda teruskan sahaja dengan minat anda tu. Lagipun anda dah sedar yang bisnes aiskrim adalah bisnes yang menguntungkan. Seperti yang saya katakan awal-awal lagi, kat Malaysia ni ada banyak peluang perniagaan yang menguntungkan cuma anda kena rebut peluang yang ada.

Bisnes Aiskrim Untuk Tambah Pendapatan

Bisnes aiskrim sebenarnya sesuai untuk sesiapa sahaja sama ada anda nak buat secara full time atau part time. Ada sesetengah orang tu dia buat secara part time je pada hujung minggu. Tak kurang juga yang buat bisnes aiskrim ni secara full time.

 Sumber foto : padieka.blogspot.com

Siapa tak suka makan aiskrim kan? Saya pun suka makan aiskrim. Saya kira semua peringkat umur suka makan aiskrim. Dari kanak-kanak, remaja hinggalah orang dewasa. Nampak tak peluang anda di sini sekiranya anda jual aiskrim.

Anda pernah dengar Aiskrim Baba? Mungkin kat tempat anda belum ada lagi kot. Kalau kat Kelantan memang dah ada aiskrim baba ni. Kalau anda pergi ke Rantau Panjang, sudah tentu anda akan jumpa peniaga aiskrim baba ni. Aiskrim ni memang sedap. Ada jagung, ada pulut, ada roti, ada kacang, ada aiskrim dan beberapa bahan lain yang diletakkan dalam aiskrim ni. Memang berhantu jugaklah.. kalau try sekali confirm nak lagi. :-)

Hari ini saya bukan nak cerita panjang lebar tentang aiskrim baba tetapi lebih kepada cara bagaimana untuk memulakan perniagaan aiskrim yang menguntungkan. Dalam perniagaan, anda kena niat betul-betul. Niat nak tolong orang dan nak puaskan hati orang. Sama juga dalam bisnes aiskrim kalau anda nak berjaya.

Jual Aiskrim Cari Pendapatan Sampingan

Zaman sekarang ni tak sah kalau anda tak dengar rungutan tentang harga barang naik, harga minyak naik, bil itu ini naik dan terbaru tol plak dah naik. Lagilah memeningkan kepala kalau difikirkan. Bagi yang mempunyai kewangan kukuh memang tak kisah sangat kan? Tapi macam mana plak dengan yang kerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Jadi elok sangatlah kalau anda dah ada niat nak mulakan bisnes seperti perniagaan aiskrim. Saya tak suruh anda berhenti kerja sebab anda boleh buat secara sambilan. Maknanya ia tak mengganggu kerja utama anda. Bahkan ia salah satu perniagaan untuk tambah pendapatan sampingan.

Anda perlu kenalpasti cara nak mula bisnes aiskrim ini dengan jelas. Jangan terburu-buru ya. Benda ni penting untuk melatih anda supaya fokus dan tahu hala tuju bisnes anda. Perasan tak, yang jual aiskrim sekarang tak semestinya orang melayu. Dah ada mat bangla, pakistan dan myanmar yang jual aiskrim. Dorang dah nampak dah potensi bisnes aiskrim ni. Ke anda tak terfikir benda ni? Kalau tidak kenapa mereka buat bisnes aiskrim kan. Mesti ada sebabnya.

Panduan Bisnes Aiskrim

Untuk jual aiskrim tak semestinya anda kena tunggang motosikal dan bunyikan loceng. Sebaliknya ada cara yang lebih bagus daripada tu sehinggakan anda boleh ‘jual’ sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja. Inilah kelebihan kalau buat bisnes aiskrim dengan ilmu.

Selain daripada perkara di atas anda kena juga tahu apa peralatan yang diperlukan untuk memulakan bisnes aiskrim. Aiskrim ni cepat cair jadi faham-faham sajalah kalau tak ada teknik rahsia anda tak akan berjaya. Ketika inilah anda memerlukan beberapa buah peralatan penting.

Lagi satu, anda kena belajar cara nak proses aiskrim sendiri. Bukannya beli asikrim yang telah siap di pasaraya. Barulah anda boleh jimat kalau tahu proses aiskrim sendiri dan margin keuntungan anda juga tinggi. Bahan-bahan yang diperlukan sebenarnya anda boleh dapat di kedai-kedai runcit. Tak lah susah sangat dengan bantuan bergambar dari panduan bisnes aiskrim.

Ebook Panduan Bisnes Aiskrim

Apakah Yang Bakal Dibongkarkan Dalam Ebook Panduan Ini? Mari Kita Lihat...

Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya ...

Bahagian Pendahuluan.

Pada bahagian ini, saya akan cerita tentang potensi bisnes aiskrim ini dengan lebih jelas. Agar anda nampak yang model bisnes aiskrim ini memang boleh pergi jauh.
Bahagian ini juga penting, agar anda nampak hala tuju bisnes anda. Ia lebih kepada mindset mencari peluang.

Bab 1: Jom Bisnes Aiskrim

Dalam bab ini, saya akan ceritakan lebih terperinci tentang peluang bisnes aiskrim ni tanpa perlu tiru apa yang mat bangla, pakistan & Myanmar buat. Macam mana tu?

Dalam bab itu juga diterangkan 5 keajaiban bisnes aiskrim. Di mana kelebihan ini, jarang sekali ada pada produk lain. Anda akan garu kepala lepas tahu keajaiban ini. :)

Anda akan diterangkan daripada segi margin keuntungan, modal permulaan & betul ke tak perlukan kemahiran yang tinggi? Hanya yang dah tahu akan tersenyum lebar. :)

Bab 2: Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?

Sejujurnya inilah konten paling mahal dalam ebook ni. Dengan tahu rahsia bab ini, anda  tak perlu tebal muka bunyikan loceng sambil tunggung motor.

Malu beb, kalau jiran nampak. Terserempak dengan anak sedara. Saya akan beritahu lubuk-nya yang sebenar dalam bab ini.

Dengan tahu lubuk ini, anda boleh ‘jual’ sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja. Best betul kalau ada ilmu ni kan. Kerja sikit, tapi lumayan.

Bab 3: Apa Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim?

Lubuk dah tahu pun tak guna kalau tak tahu cara buat persiapan. Dah lah ais krim ni cepat cair.

Apa peralatan yang diperlukan? Sebelum proses? Semasa kerja operasi dijalankan? Bab ini kita perlu tahu agar kita tidak kelam-kabut nanti.

Semuanya ada saya ceritakan dalam bab ini. Ada gambar. Insyaallah, mudah faham.

Bab 4: Rahsia Pemprosesan Aiskrim

Apa resepinya? Apa bahan-bahan asasi yang diperlukan? Bagaimana nak buat ais krim di rumah anda sendiri? Bagaimana cara pemprosesannya?

Anda kena belajar ilmu ni, barulah jimat. Barulah boleh dapat margin tinggi. Kalau anda ambil dekat suplier, sebenarnya suplier yang untung banyak.

Jangan risau, dalam bab ini saya terangkan terperinci apa bahan masakan dalam bentuk gambar. Agar anda boleh beli sendiri di kedai runcit. Siap jenama brand saya beritahu.

Paling best dalam bab ni. Anda boleh buat aiskrim perisa anda sendiri. Yahooo…!

Bab 4.1: Carta Alir Pemprosesan Aiskrim


Dengan carta alir ni, ia memudahkan anda nampak apa yang perlu didahulukan. Apa yang perlu dikemudiankan.

Saya faham, bila anda baca ebook lain. Kadang-kadang anda pening, nak mula mana satu dulu ni?
Tapi jangan risau. Dalam ebook ini saya sediakan carta alirnya. Demi untuk memudahkan anda faham.

Bab 5: Info Asas Tentang Aiskrim.

Dalam bab ini anda akan tahu ada berapa jenis aiskrim di Malaysia ni? Apa yang membezakan jenis-jenis aiskrim ni?

Kenapa aiskrim jenis A lebih murah berbanding jenis B? Kenapa aiskrim yang kita beli dekat supermarket cepat cair?

Aiskrim yang bagaimana yang dikatakan mesra-pengguna? Ada saya beritahu jawapannya. Agar anda tak kekok bila diajukan soalan ini satu hari nanti. :)


Kesimpulannya...

Siapa sangka bisnes aiskrim dah jadi fenomena. Kalau anda perasan dah ada pihak yang adakan seminar atau kursus perniagaan aiskrim. Ini kerana potensi bisnes aiskrim sangat besar. Ianya salah satu perniagaan yang menguntungkan. Anda boleh jalankan secara sampingan misalnya pada hujung minggu untuk tambah pendapatan. Siapa lagi nak ubah kewangan kita kalau bukan diri kita sendiri kan?

Kalau rasa masih blur dan teragak-agak nampaknya anda masih perlu dapatkan lebih banyak panduan bisnes aiskrim supaya anda faham dengan jelas. Jika anda rasa anda terlalu sibuk untuk dapatkan panduan bisnes aiskrim, anda buka je laman web "Bisnes Aiskrim" yang disediakan oleh anak Chef Li ni. Siapa tak kenal anak jutawan senyap ni kan? Sebelum ni beliau pernah kongsikan panduan bisnes burger.

Ok, jangan tension-tension ya, laman web bisnes aiskrim boleh menjawab persoalan anda. Selamat maju jaya :-)

Cara Tambah Pendapatan Jual Aiskrim 4.5 5 Azzahairi Sulaiman Saturday 21 May 2016 cara nak mula bisnes aiskrim, perniagaan aiskrim yang menguntungkan, cara proses aiskrim, cara jual aiskrim, resepi aiskrim sedap, perniagaan aiskrim, pendapatan sampingan, cara buat aiskrim, jual aiskrim goreng, cara membuat ice cream untuk di jual, cara jual aiskrim goyang Cara Tambah Pendapatan Jual Aiskrim - Baru-baru ini heboh tentang berita lima pelajar IPT cabar diri buka bisnes aiskrim kelapa . Kat neg...


No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.